Kelestarian pengkomersialan produk penyelidikan melalui kolaborasi universiti-industri

Ismail, Norain and Arif, Sazelin and Mat, Zawiah (2025) Kelestarian pengkomersialan produk penyelidikan melalui kolaborasi universiti-industri. Penerbit UTeM Press, Durian Tunggal, Melaka. ISBN https://plh.utem.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=125147

[img] Text
Kelestarian pengkomersialan produk penyelidikan melalui kolaborasi universiti-industri.pdf

Download (1MB)

Abstract

Pengkomersialan hasil penyelidikan adalah perjalanan kompleks yang memerlukan usaha kolaboratif antara universiti dan industri. Buku 'Kelestarian Pengkomersialan Produk Penyelidikan Melalui Kolaborasi Universiti-Industri meneroka manfaat utama kolaborasi termasuk perkongsian pengetahuan, pemindahan teknologi, dan penghasilan produk penyelidikan berimpak tinggi. Kolaborasi antara universiti dan industri adalah kunci kepada penghasilan produk penyelidikan yang mampu bersaing di pasaran seterusnya membawa kelestarian pengkomersialan produk penyelidikan di universiti. Seterusnya, buku ini membincangkan faktor utama kolaborasi antara universiti dan industri. Buku ini juga menyoroti pelbagai cabaran yang dihadapi dalam pengkomersialan berdasarkan perbezaan motivasi, orientasi dan budaya antara universiti dan industri. Justeru, buku ini mencadangkan pelbagai strategi bagi mengharmonikan kepentingan kedua-dua pihak sekaligus memastikan kolaborasi yang lebih berkesan. Dengan menekankan pentingnya hubungan universiti-industri, buku ini mengupas kedinamikan hubungan universiti dan industri bagi menjelaskan bagaimana kedua-dua entiti ini dapat saling melengkapi. Keunikan buku ini membahaskan secara holistik manfaat hasil kolaborasi universiti dan industri dan bagaimana kolaborasi dapat menghasilkan produk penyelidikan yang bernilai komersial. Penerbitan buku ini adalah tepat pada masanya kerana ia berupaya menjadi rujukan kepada ahli akademik, penyelidik, profesional industri, pembuat dasar, pelajar, institusi pendidikan, dan masyarakat awam.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Commercial products, Research, Industrial, Technological innovations, Research and development projects, Academic-industrial collaboration
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Faculty of Technology Management and Technopreneurship
Depositing User: Norhairol Khalid
Date Deposited: 18 Aug 2026 08:23
Last Modified: 18 Aug 2026 08:23
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/30360
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item