Omar, Norliza and Abdul Latif, Muhammad Pauzi (2011) Keberkesanan Kempen Perhubungan Awam (PR) Dalam Mempromosikan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Journal of Human Capital Development, Vol. 4 (No.2). pp. 75-86. ISSN 1985-7012
Text (article-jurnal of human capital development)
jurnal_keberkesanan_PR_dalam_mempromosikan_UTeM.pdf - Published Version Download (1MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana keberkesanan aktiviti perhubungan awam yang dijalankan oleh pihak UTeM dalam memperkenalkan UTeM kepada masyarakat di luar UTeM. Waalaupun komunikasi penting dalam semua tahap aktiviti manusia, namun semakin banyak manusia berkomunikasi, semakin banyak kegagalan dan kesalahan yang dilakukannya. Dalam dunia perniagaan pula, kejayaan sesebuah organisasi bergantung besar kepada pengurusan perhubungan awam yang dipraktikkan melalui penghasialn produk yang dapat dipasarkan bagi memenuhi ekspektasi pasaran pegguna. Pengurusan yang baik akan menjadi produktiviti sesebuah organisasi itu meningkat. Oleh sebab itu, dapatlah dikaitkan bahawa komunikasi dalam perhubungan awam memainkan peranan yang amat penting khususnya untuk mempromosikan organisasi pada tahap yang berprestij tinggi. Ini adalah kerana ia akan menjadi penentu kepada paroduk atau hasil pentadbiran seluruh sistem pengurusna itu sendiri. Sumber asli yang banyak dan bermutu tinggi tidak akan menjadi hasil yang berguna tanpa dikawal dan diurus dengna baik melalui satu sistem pengurusan yang rapi. Soal selidik telah digunakan untuk mengkaji beberapa aspek iaitu strategi Perhubungan Awam (PR)yang diamalkan di UTeM, kekerapan aktiviti yang diamalkan di UTeM dan mengenal pasti tahap kejayaan media cetak dan elektronik. Pemilihan responden adalah secara rawak sistematik atau persampelan bertujuan. Reka bentuk kajian adalah secara deskriptif. Penemuan kajian telah menunjukkan bahawa masyarkat di luar UTeM kurang terdedah dengan UTeM sebagai universiti teknikal yang pertama di Malaysia. Walaupun strategi PR yang dijalankan mencapai kejayaan namun aktivitai-aktiviti PR yang dilakukan masih pada tahap yang kurang memuaskan untuk ditonjolkan kepada masyarakat di luar. Pihak pengurusan telah dicadangkan supaya memperbanyakkan aktiviti PR seperti membuat promosi kepada masyarakat di luar UTeM.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | UTeM, Perhubungan awam, Komunikasi. |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Centre For Language Learning > Department of Human Development |
Depositing User: | Puan Norliza Omar |
Date Deposited: | 10 Jul 2012 01:30 |
Last Modified: | 18 Dec 2023 08:02 |
URI: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/3915 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |