Ahmad Rozelan , Yunus (2001) Kesediaan Pendedahan Kendiri Kepada Kaunselor dan Orang Signifikan: Kajian di Sebuah Sekolah di Kuala Lumpur. Jurnal PERKAMA (6). pp. 139-152. ISSN 0127/6301
PDF
Jurnal_Perkama_Kesediaan_Pendedahan_Kendiri.pdf Restricted to Registered users only Download (951kB) |
Abstract
Kertas ini melaporkan kajian yang meninjuan kesediaan pendedahan kendiri 148 orang pelajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini untuk melihat perbezaan kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan kesediaan pendedahan kendiri kepada orang signifikan. Kajian ini juga melihat kecenderungan pelajar memilih orang yang signifikan dengan diri mereka untuk membuat pendedahan kendiri. Alat ukuran yang digunakan ialah soal selidik yang diubahsuai dari The Self-Desclosure Questionnaire yang dibentuk oleh Jourard dan Lasakow (1958). Ujian Statistikal yang digunakan untuk menganalisis data ANOVA satu hala. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan pendedahan kendiri kepada rakan laki-laki. Walau bagaimanapun hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan pendedahan kendiri kepada ibu, bapa dan rakan perempuan di kalangan pelajar. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | Faculty of Technology Management and Technopreneurship > Department of Technopreneurship |
Depositing User: | Prof. Dr Ahmad Rozelan Yunus |
Date Deposited: | 14 Nov 2012 15:28 |
Last Modified: | 14 Jan 2022 16:45 |
URI: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/5145 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |