Keselarasan Personaliti dengan Program Pengajian dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar KUTKM

Norida, Abdullah and Ahmad Rozelan, Yunus and Hafzan , Ariffin (2008) Keselarasan Personaliti dengan Program Pengajian dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar KUTKM. Jurnal PERKAMA, Vol. 1 (June 2). pp. 23-54. ISSN 0127/6301

[img] Text
Jurnal_PERKAMA_2008.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat keselarasan antara jenis personaliti pelajar dengan persekitaran program pengajian yang diikuti berasaskan Teori Keselarasan Personaliti dan Persekitaran Holland di kalangan pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda, UTeM. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat adakah terdapat hubungan di antara keselarasan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar. Subjek kajian terdiri daripada 746 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak berkelompok daripada 1103 orang pelajar tahun tiga semester pertama. Alat kajian yang digunakan ialah Self-Directed Search (SDS) yang telah dialih bahasakan. Alat statistic yang digunakan untuk menganalisa data ialah kaedah Environment Assessment Technique (EAT), Indeks keselarasan Wiggings dan Ujian Korelasi Spearman Rho dengan aras keertian ditetapkan pada .05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat keselarasan antara personaliti dengan program pengajian pelajar bagi pelajar yang mengikuti program BEKP, BEKC, BMCT, BMCA, dan BMCS. BAGI PROGRAM BEKE, BMFP, BMFR, BMFA, BITD, BITM, BITS, BITC, BENC, BENT, dan BENE dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian yang diikuti. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara keselarasan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar kecuali bagi program pengajian BENC, BENT dan BENE. Keputusan kajian ini menunjukkan ada di kalangan pelajar yang memilih bidang pengajian yang selaras dengan personaliti mereka dan ada yang memilih bidang yang tidak selaras dengan personaliti mereka. sehubungan dengan keputusan yang diperolehi, beberapa implikais dan cadangan telah dikemukakan.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Centre for Languages and Human Development > Department of Co-Curriculum Education
Depositing User: DR NORIDA ABDULLAH
Date Deposited: 16 Apr 2013 08:50
Last Modified: 20 Jan 2022 15:16
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/6021
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item