Pembangunan Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Mengikut Perspektif Islam

Mohamad, Syahrul Hisham and Jaafar, Hazriq Izzuan (2012) Pembangunan Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Mengikut Perspektif Islam. In: The 3RD National Conference Fiqh Science and Technology 2012 , 19/05/2012 - 20/05/2012, UTM Johor.

[img]
Preview
PDF
PEMBANGUNAN_SUMBER_TENAGA_YANG_BOLEH_DIPERBAHARUI_MENGIKUT_PERSPEKTIF_ISLAM.pdf - Published Version

Download (238kB)

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan perkembangan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Pada ketika ini, kebergantungan sumber tenaga dunia adalah tertumpu kepada sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Peningkatan taraf hidup dan kemajuan teknologi yang semakin rancak berkembang telah mengakibatkan permintaan pengunaan tenaga semakin meningkat secara eksponen dari semasa ke semasa. Penggunaan sumber tenaga yang berterusan ini telah menyebabkan kemelesetan kepada bekalan simpanan tenaga yang sedia ada. Berdasarkan kajian terkini ke atas kadar penggunaan tenaga, dunia akan mengalami krisis kekurangan tenaga bagi sumber gas asli dalam masa 60 tahun dan jangka hayat arang batu pula hanya mampu bertahan selama 130 tahun dari sekarang. Bergantung hanya kepada sumber tenaga yang pastinya semakin berkurangan ini amat tidak menjamin kelangsungan pembangunan sesebuah negara. Bagi mengatasi masalah ini, sumber-sumber baru yang boleh diperbaharui di lihat sebagai prospek yang berpotensi tinggi. Objektif kertas kerja ini akan menerangkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang sedang giat diterokai oleh para penyelidik pada masa kini iaitu tenaga solar, tenaga angin, tenaga hidro dan tenaga nuklear. Proses penuaian sumber tenaga dibincangkan dari aspek penjanaan, keberkesanan dan kesesuaian penggunaan teknologi. Masa depan dan potensi teknologi ini amat jelas dapat memberi kesinambungan penjanaan tenaga yang meyakinkan, dengan usaha dan kesanggupan pelbagai lapisan masyarakat untuk menerima paradigma baru dalam penjanaan tenaga diperbaharui yang lebih bersih, selamat dan berkekalan. Kesan pencemaran dari penggunaan sumber tenaga masa kini dapat di kurangkan dengan pengaplikasian teknologi hijau. Di samping itu, kesan negatif penggunaan teknologi ini terhadap ekonomi dan aspek-aspek kehidupan juga akan di perhalusi. Sudut pandangan Islam sudah pasti akan dititik beratkan bagi mengambil kira aspek penjagaan sumber, pemeliharaan sosial dan tugas sebagai seorang khalifah amnya bagi menjamin keharmonian sejagat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Faculty of Electrical Engineering > Department of Control, Instrumentation & Automation
Depositing User: HAZRIQ IZZUAN JAAFAR
Date Deposited: 01 Jul 2013 09:58
Last Modified: 28 May 2015 03:53
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/7995
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item