Pelaksanaan Sistem Jaminan Halal Dalaman Kategori Premis Makanan Di Negeri Melaka

Hassan, Muhammad Haziq (2017) Pelaksanaan Sistem Jaminan Halal Dalaman Kategori Premis Makanan Di Negeri Melaka. Masters thesis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

[img] Text
Pelaksanaan Sistem Jaminan Halal Dalaman Kategori Premis Makanan Di Negeri Melaka - Muhammad Haziq Hassan - 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (76kB)

Abstract

Sistem Jaminan Halal Dalaman (SJHD) adalah sistem yang memainkan peranan yang penting dalam pensijilan halal. Melalui sistem ini, intergriti makanan halal dapat dipelihara daripada peringkat pemprosesan lagi, seterusnya menjamin hasil pemprosesan makanan tersebut halal dan berkualiti. Walaupun sesebuah premis makanan telah mempunyai sijil halal, namun terdapat juga penyelewengan yang berlaku kepada pensijilan tersebut kerana tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Oleh itu, Kajian ini mengunakan 39 sampel pengusaha premis makanan di Negeri Melaka yang telah memperoleh sijil pengesahan halal bagi mengenalpasti sejauh mana SJHD dilaksanakan di dalam premis makanan kajiannya melalui proses temubual dan borang soal selidik. Secara keseluruhannya daripada kajian ini mendapati bahawa, premis makanan yang telah memperoleh sijil pengesahan halal di Negeri Melaka berada di tahap yang baik dari segi pelaksanaan SJHD. Analisis yang dijalankan menggunakan empat faktor kritikal, menunjukkan bahawa pengusaha premis makanan menitikberatkan perkara berkenaan kebersihan serta kualiti makanan tetapi kurang memberi perhatian kepada pembangunan jawatankuasa halal dalaman. Oleh yang demikian, pemahaman tehadap SJHD ini hanya terhad kepada dokumentasi, kebersihan dan qualiti makanan sahaja tanpa membuat sebarang pembangunan terhadap jawatankuasa halal dalaman.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Database design, Halal food industry -- Malaysia
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions: Library > Tesis > IPTK
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 24 Apr 2018 08:37
Last Modified: 24 Apr 2018 08:37
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/20717
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item