Laporan Kajian Penilaian Program-Program IPTA: Keberkesanan dan Kerelevanan dari Aspek Penawaran dan Permintaa (Kluster Teknikal)

Harun, Mohamad Haniff and Miskon, Muhammad Fahmi and Noordin, Nor Kamariah and Sali, Aduwati and Zahari, Mohd Khairy and Fadzil, Nur Faeizah and Mat Isa, Maslan (2014) Laporan Kajian Penilaian Program-Program IPTA: Keberkesanan dan Kerelevanan dari Aspek Penawaran dan Permintaa (Kluster Teknikal). Penerbit jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi,UPM, Universiti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor.

[img]
Preview
PDF
Laporan_Kajian_Penilaian_Program-Program_IPTA_(Kluster_Teknikal).pdf

Download (335kB)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti beberapa masalah seperti program atau kursus yang ditawarkan di IPTA tidak sesuai dan tidak relevan mengikut kehendak pasaran kerja sehingga peratusan graduan belum mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan pertama meningkat. Untuk meningkatkan kualiti graduan yang belum mendapat pekerjaan, program kemahiran contohnya internship dan upskilling programme diperlukan. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan implikasi perbelanjaan tambahan. Untuk mengenalpasti kadar permintaan berbanding penawaran dari segi program-program yang ditawarkan, didapati bilangan permohonan yang paling tinggi bagi Ijazah dan Diploma keseluruhan IPTA iaitu kluster kejuruteraan Mekanikal berbanding bilangan permohonan yang paling rendah adalah sub kluster kejuruteraan Kimia. Manakala untuk mengenalpasti kerelevanan, kualiti program dan implikasi kewangan tambahan, pemerhatian telah dibuat berdasarkan indeks GE. Didapati sub kluster kejuruteraan Elektrik & Elektrikal menunjukkan indeks GE yang paling tinggi berbanding sub kluster yang lain bagi Ijazah Sarjana Muda keseluruhan. Manakala bagi indeks GE Diploma, sub kluster kejuruteraan Awam menunjukkan indeks yang paling tinggi. Secara terperincinya, beberapa program yang kurang relevan dan perlu dilihat semula telah dikenalpasti. Mengikut 12 bidang NKEA, didapati graduan daripada kluster teknikal dapat dipetakan kepada 6 bidang NKEA. Secara kasarnya, program IPTA negara telah menjana 48,085 graduan dari tahun 2008 hingga 2012. Daripada dapatan kajian projek ini, didapati jumlah program, permohonan, penawaran, kemasukan dan graduan daripada Kluster Teknikal telah dan sedang menyokong pelan tindakan kerajaan yang telah digariskan. Secara keseluruhannya, disimpulkan bahawa graduan Kluster Teknikal adalah amat dikehendaki untuk pembangunan negara untuk mencapai penarafan negara maju pada tahun 2020.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Engineering Technology > Department of Electrical Engineering Technology
Depositing User: Mohamad Haniff Harun
Date Deposited: 14 Jul 2014 08:22
Last Modified: 28 May 2015 04:26
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/12644
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item