Mohamad Shokri, Ahmad Sayuthi (2016) Pembangunan Analisis Gerakan Mata Secara Automatik Bagi Sistem ROBII TX 300. Masters thesis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Text
Pembangunan Analisis Gerakan Mata Secara Automatik Bagi Sistem ROBII TX 300 24 Pages.pdf - Submitted Version Download (348kB) |
Abstract
Pengesan pergerakan mata atau penjejak mata adalah satu teknologi yang direkabentu dan juga digunakan bagi melakukan pemerhatian terhadap pergerakan mata. Integrasi teknologi ini dengan bantuan penggunaan komputer yang semakin canggih memerlukan analisis data dilakukan secara automatik. Kebanyakan dari alat pengesan gerakan mata (APGM) yang digunakan secara komersial menghasilkan data gerakan mata dalam bentuk ilustrasi grafik. Manakala data mentah yang direkodkan tidak boleh dianalisis dengan lebih terperinci disebabkan kekangan aplikasi yang sedia ada untuk tujuan tersebut. Oleh yang demikian, pembangunan paparan grafik antara muka (GUI) sebagai satu platform dan teknik pemprosesan data secara automatik dapat membantu mempercepatkan pemprosesan pasca analisis data, seterusnya mengurangkan jurang perbezaan dalam penyelidikan menggunakan APGM ini. Hasil kajian ini telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi dalam memproses dan melakukan penganalisaan terhadap data mentah yang dikumpul dari APGM yang memakan masa yang lama untuk diproses kerana data mentah tersebut perlu melalui proses pemplotan secara manual dan terdedah kepada kesilapan manusia. GUI yang dibangunkan dengan perisian Matlab telah diuji menggunakan data-data mentah yang diperolehi dari 14 responden (3 normal dan 11 pesakit dileksia) yang mana setiap responden mempunyai antara 9,000 dan 12,000 data mentah dari Sistem Tobii TX 300 sumbangan oleh Makmal Siswazah Jabatan Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, UKM. Secara kesimpulannya, GUI yang dibangunkan berjaya mengekstrak dan melakukan pemplotan data yang disimpan dalam Microsoft Excel ke paparan GUI dan dalam masa yang sama dapat menapis hingar dari data yang dikumpul.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Iris (Eye), Pattern recognition systems, Biometric identification, Optical pattern recognition, Electroencephalography -- Data processing |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering |
Divisions: | Library > Tesis > FKEKK |
Depositing User: | Nor Aini Md. Jali |
Date Deposited: | 31 Jul 2017 00:58 |
Last Modified: | 31 Jul 2017 00:58 |
URI: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/18854 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |