Arifin, Yusmady Mohamed (2024) Eksergi dan aplikasi termodinamik. Penerbit UTeM Press, Durian Tunggal, Melaka. ISBN 9786297658100
![]() |
Text
Eksergi dan aplikasi termodinamik.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Buku Eksergi dan Aplikasi Termodinamik ini adalah merupakan sebuah buku yang memberi penekanan kepada konsep eksergi dan juga aplikasi termodinamik seperti kitaran enjin pembakaran dalaman, kitaran turbin gas, kitaran turbin stim, kitaran penyejukan dan penyaman udara. Isi kandungan buku ini adalah untuk membantu para pelajar kejuruteraan terutamanya kejuruteraan mekanikal di peringkat universiti. Buku ini juga boleh digunakan untuk pelajar kejuruteraan di peringkat sekolah menengah teknikal, pelajar ijazah dan diploma kejuruteraan, pelajar asasi sains, pelajar matrikulasi dan juga pelajar politeknik. Cara penyampaian buku diadun sebegitu rupa dengan ilustrasi dan gambar serta contoh yang mudah difahami. Ia juga disertakan bersama dengan pautan dalam bentuk QR kod untuk pelajar merujuk video yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan dengan lebih lanjut bagi meningkatkan kefahaman. Bagi memastikan kefahaman pelajar tercapai, buku ini menyediakan soalan di setiap bahagian akhir topik dan disertakan jawapan berserta jalan kerja yang mudah difahami. Akhir kata, penulisan buku ini digarap dengan sebaik mungkin bagi memudahkan pelajar untuk memahami kandungan termodinamik yang selalunya sukar difahami bagi pelajar kejuruteraan di peringkat universiti.
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Internal combustion engines -- Combustion, Internal combustion engines -- Thermodynamics, Thermodynamics |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery |
Divisions: | Faculty Of Mechanical Technology And Engineering |
Depositing User: | Norhairol Khalid |
Date Deposited: | 24 Jun 2025 02:42 |
Last Modified: | 24 Jun 2025 02:42 |
URI: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/28856 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |