Analisis awal makmal maya bagi pengajran kimia (Asid, Bes dan Garam)

Bakar, Norasiken and Badioze Zaman, Halimah (2005) Analisis awal makmal maya bagi pengajran kimia (Asid, Bes dan Garam). In: Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-18 Inovasi Teknologi Instruksional Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, 16 - 19 September 2005, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu, Terengganu.

[img]
Preview
PDF
Inovasi_Teknologi_Instruksional_dalam_P&P.pdf - Published Version

Download (535kB)

Abstract

Sejak akhir-akhir ini, Kementerian Pelajaran dan Pengajaran Tinggi melihat ke arah pembelajaran secara elektronik sebagai satu kaedah yang dapat membantu pelajar dalam memahami konsep bagi matapelajaran yang diajar. Projek rintis Sekolah Bistari teah membangunkan banyak perisian bagi matapelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris oleh pihak Kementerian Pelajaran dengan kerjasama syarikat swasta. Pembangunan makmal maya dalam pendidikan merupakan satu pendekatan yang baru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini masih lagi dalam peringkat awal maka dalam kertas kerja ini ialah penyelidik akan menerangkan mengenai analisis keperluan, analisis tugas, analisis arahan dan membina kerangka konsepsi kajian. Sampel kajian adalah pelajar tingkatan 5 Aliran Sains dari empat buah sekolah di Daerah Alor Gajah, Melaka. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah temubual, soal selidik dan ujian. Semua data telah dianalisis menggunakan SPSS versi 11.0. Ketiga-tiga instrumen digunakan untuk mengenalpasti topik yang bermasalah dalam pengajaran Kimia Tingkatan 4. Di samping itu laporan prestasi SPM bagi mata pelajaran Kimia dari Kementerian Pelajaran di analisa untuk mengenalpasti prestasi pelajar dalam menjawab soalan Kimia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Q Science > QD Chemistry
Divisions: Faculty of Information and Communication Technology > Department of Interactive Media
Depositing User: Dr Hajah Norasiken Bakar
Date Deposited: 15 Dec 2011 17:06
Last Modified: 28 Jun 2023 12:43
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/292
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item