Safei, Su'aidi (2025) Kesepaduan dalam kepelbagaian perspektif Malaysia Madani. Penerbit UTeM Press, Durian Tunggal, Melaka. ISBN 9786297741031
|
Text
Kesepaduan dalam kepelbagaian perspektif Malaysia Madani.pdf Download (1MB) |
Abstract
Kesepaduan dalam kepelbagaian etnik menjadi impian seluruh rakyat Malaysia. Dalam konteks masyarakat majmuk, isu kesepaduan seringkali menjadi cabaran, di mana rakyat perlu berkongsi persamaan serta mencari titik pertemuan ketika perbezaan berlaku. Ini semua adalah demi memastikan kemakmuran, kesejahteraan, dan keharmonian negara terjamin. Buku ini mengupas tahap perpaduan masyarakat di Malaysia, khususnya selepas pelbagai inisiatif dan program penyatupaduan dilaksanakan, termasuklah usaha preventif pasca-tragedi 13 Mei 1969. Tindakan kerajaan memperkenalkan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018) merupakan satu langkah yang signifikan untuk menilai dan memantau perpaduan yang ada. Namun, penulis mendapati bahawa tahap kesatuan di Malaysia masih dalam proses pembentukan dan perkembangan, bersifat dinamik dan berterusan work-in-progress. Dalam konteks Malaysia Madani, pendekatan yang dibawa oleh kerajaan Perpaduan kini sangat relevan dengan agenda memperkukuh kesepaduan nasional. Gagasan Malaysia Madani telah disampaikan dengan jelas, bersifat holistik, inklusif dan mampu dirasai serta dijiwai oleh rakyat. Walaupun perpaduan nasional telah mula wujud, usaha untuk memperkuatkannya harus terus didukung oleh seluruh bangsa Malaysia demi kelangsungan masa depan yang aman dan harmonis. Penulis turut melakukan penelitian terhadap pandangan dan penerimaan pelajar tempatan, begitu juga pencerapan pelajar antarabangsa/mobiliti (incoming) mengenai tahap kesepaduan dan keharmonian di Malaysia, serta mengukur sejauh mana aspirasi nasional Malaysia Madani telah dicapai.
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Multiculturalism, Multicultural education, Malaysia -- Ethnic relation, Malaysia -- Race relations |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LC Special aspects of education |
| Divisions: | Institute of Technology Management And Entrepreneurship |
| Depositing User: | Norhairol Khalid |
| Date Deposited: | 13 Apr 2026 08:45 |
| Last Modified: | 13 Apr 2026 08:46 |
| URI: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/29664 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
