Abdul Hamid, Norihan and Yeop Majlis, Burhanuddin and Yunas, Jumril (2025) Pam mikro teknologi moden ; Kejuruteraan perubatan. Penerbit UTeM Press, Durian Tunggal, Melaka. ISBN 9786297741260
|
Text
Pam mikro teknologi moden - Kejuruteraan perubatan.pdf Download (1MB) |
Abstract
"Pam mikro" merujuk kepada peranti berskala mikro yang direka untuk menggerakkan atau mengalirkan cecair dalam jumlah yang sangat kecil menggunakan penggerak tertentu. Kejuruteraan pula merupakan satu bidang yang mengaplikasikan kemahiran sains, teknologi dan matematik untuk membangunkan sesuatu objek atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Salah satu cabang kejuruteraan masa kini adalah kejuruteraan perubatan. Terkini kejuruteraan perubatan menawarkan pelbagai penggunaan teknologi moden dalam memberikan rawatan yang lebih efektif dan berkesan kepada ramai pesakit. Antara teknologi moden terkini dalam kejuruteraan perubatan adalah pam mikro. Pam mikro merupakan inovasi terkini yang memberikan impak besar kepada pelbagai aplikasi bidang ini, terutamanya dalam sistem mikro elektromekanik biologi (bioMEMS). Terdapat tiga bahagian penting dalam pembangunan pam mikro terma pneumatik ini iaitu elemen pemanas, penggerak dan peresap muncung. Pertimbangan geometri sistem pam mikro pada skala kecil juga mempunyai pengaruh yang cukup besar untuk pencirian pengangkutan cecair. Teknik fabrikasi MEMS yang boleh diulang-ulang, menggunakan kos yang rendah dan mudah telah digunakan. Dengan mengurangkan ketebalan membran, ia akan meningkatkan keupayaan pesongan penggerak. Oleh itu dalam buku ini, rekabentuk dan teknologi fabrikasi pam mikro terma pneumatik yang menjadikan filem nipis membran berasaskan polimid sebagai penggerak telah dibentangkan secara terperinci.
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | BioMEMS, Microelectromechanical systems, Biotechnology |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) T Technology > TP Chemical technology |
| Divisions: | Faculty Of Electronics And Computer Technology And Engineering |
| Depositing User: | Norhairol Khalid |
| Date Deposited: | 06 Jul 2026 00:37 |
| Last Modified: | 06 Jul 2026 00:37 |
| URI: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/30070 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
