Penggunaan alat bantu simulasi dalam pembelajaran rangkaian kawasan setempat maya (VLAN)

Bahaman, Nazrulazhar and Hamid , Erman and Othman, Mohd Fairuz Iskandar and Hassan, Elia Erwani (2008) Penggunaan alat bantu simulasi dalam pembelajaran rangkaian kawasan setempat maya (VLAN). In: Prosiding Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains Dan Matematik, 24th to 25th November 2008, Batu Pahat, Johor.

[img]
Preview
PDF
Full_Paper_SKASM2008_-_NAZRULAZHAR_-_PENGGUNAAN_ALAT_BANTU_SIMULASI_DALAM_PEMBELAJARAN_RANGKAIAN_KAWASAN_SETEMPAT_MAYA_(VLAN).pdf - Published Version

Download (616kB)

Abstract

Kertas kerja ini menerangkan kaedah pembelajaran Rangkaian Kawasan Setempat Maya (VLAN) kepada pelajar sarjana muda di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Di sini, penerangan mengenai rangkaian ini didalam bidang teknologi maklumat dilaksanakan melalui sokongan alat bantu simulasi rangkaian untuk memantapkan tahap pemahaman para pelajar. Pelbagai kelebihan terdapat pada alat bantu simulasi yang berperanan dalam memudahkan pemahaman tentang rangkaian ini merangkumi proses pemilihan, pengurusan dan pengkonfigurasian perkakasan dan rangkaian. Kaedah pembelajaran turut menjadi lebih mudah serta menarik melalui pendekatan opsyen samada Grafic Computer Interface (GUI) atau Command Line Interface (CLI). Penggunaan alat bantu simulasi oleh para pelajar secara langsung mempertingkatkan penguasaan kemahiran merekacipta dan membangunkan rangkaian. Jesteru itu, perlaksanaan pembelajaran berasaskan alat bantu seperti simulasi ini semakin mendapat galakan khususnya di dalam sektor pendidikan secara teknikal. Ini adalah berikutan pendekatan tersebut bersesuaian dengan kemudahan teknologi terkini. Secara kesimpulannya, pembangunan alat bantu pengajaran bersifat simulasi merupakan satu alternatif kepada kaedah pembelajaran konvensional dimana ianya lebih merangsang minda dan kreativiti seseorang pelajar khususnya bagi pembelajaran VLAN. Penggunaan elemen ini secara tidak langsung menghasilkan pembelajaran yang lebih anjal, berstruktur, menarik dan juga mudah difahami.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Q Science > Q Science (General)
Divisions: Faculty of Information and Communication Technology > Department of System and Computer Communication
Depositing User: Dr. Nazrulazhar Bahaman
Date Deposited: 24 Feb 2014 00:50
Last Modified: 20 Jul 2023 11:42
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/11236
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item