Bahaman, Nazrulazhar and Malek, Akhdiat Abd and Hamid , Erman and Mohd Fairuz Iskandar , Othman (2008) Kajian penggunaan alat bantu dalam pembelajaran rangkaian internet protokol versi 6 (IPv6). In: National Student Development Conference (NASDEC), 22 to 23 Oktober 2008, Johor Baharu.
|
PDF
Kajian_Penggunaan_Alat_Bantu_dalam_Pembelajaran_Rangkaian_Internet_Protokol_Versi_6_(IPv6).pdf Download (538kB) |
Abstract
Kertas kerja ini menerangkan kaedah pembelajaran rangkaian internet protokol versi 6 (IPv6) kepada pelajar sarjana muda dan diploma di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Di sini, penerangan mengenai rangkaian IPv6 didalam bidang teknologi maklumat dilaksanakan melalui sokongan alat bantu simulasi rangkaian untuk memantapkan tahap pemahaman para pelajar. Oleh itu, langkah selanjutnya telah dilaksanakan bagi membuktikan di mana sistem alat bantu ini lebih efektif berbanding cara pembelajaran konvensional. Kajian telah dijalankan terhadap dua kumpulan pelajar daripada semester pengajian yang berbeza di mana hanya satu kumpulan sahaja diberi pendedahan kepada alat bantu tersebut. Melalui kaedah soal-selidik dan keputusan ujian pelajar, beberapa permasalahan dan penemuan berkaitan pembelajaran ini berjaya dihasilkan. Pelbagai kelebihan terdapat pada alat bantu simulasi yang berperanan dalam memudahkan pemahaman tentang rangkaian IPv6 merangkumi proses pemilihan, pengurusan dan pengkonfigurasian perkakasan dan rangkaian. Kaedah pembelajaran turut menjadi lebih mudah serta menarik melalui pendekatan opsyen samada Grafic Computer Interface (GUI) atau Command Line Interface (CLI). Penggunaan alat bantu simulasi oleh para pelajar secara langsung mempertingkatkan penguasaan kemahiran merekacipta dan membangunkan rangkaian IPv6. Jesteru itu, perlaksanaan pembelajaran berasaskan alat bantu seperti simulasi ini semakin mendapat galakan khususnya di dalam sektor pendidikan secara teknikal. Ini adalah berikutan pendekatan tersebut bersesuaian dengan kemudahan teknologi terkini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | Q Science > Q Science (General) T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Faculty of Information and Communication Technology > Department of System and Computer Communication |
Depositing User: | Dr. Nazrulazhar Bahaman |
Date Deposited: | 24 Feb 2014 00:41 |
Last Modified: | 20 Jul 2023 11:35 |
URI: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/11237 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |