Arif, Sazelin (2025) Maqasid syariah tonggak jaminan sistem kawalan makanan halal. Penerbit UTeM Press, Durian Tunggal, Melaka. ISBN 9786297741499
|
Text
Maqasid syariah tonggak jaminan sistem kawalan makanan halal.pdf Download (1MB) |
Abstract
Dalam dunia yang semakin kompleks, pemahaman mengenai ilmu Maqasid Syariah menjadi semakin penting, terutama dalam konteks industri makanan halal. Dengan kesedaran untuk berkongsi ilmu, karya ini dihasilkan untuk mempromosikan nilai halal, mendukung pemahaman serta menyokong pembangunan industri makanan halal. Buku "Maqasid Syariah Tonggak Jaminan Sistem Kawalan Makanan Halal" ini diinspirasikan daripada dapatan kajian lapangan yang telah dijalankan oleh penulis bersama pasukan penyelidik. Buku ini membawakan analisis tentang peranan Maqasid Syariah dalam memperkukuh sistem kawalan makanan halal. Pembangunan industri makanan halal di Malaysia ditunjangi oleh dasar dan strategi yang berkesan. Walaupun begitu, industri ini masih berdepan dengan kepincangan yang memerlukan perhatian terutamanya dari aspek kawalan. Sistem kawalan makanan halal adalah komponen penting dalam memastikan integriti dan kualiti produk makanan halal. Dari perspektif teori, penulis mengupas bagaimana prinsip Magasid Syariah berperanan memberi panduan dalam pelaksanaan proses kawalan terhadap sesuatu produk makanan dan minuman yang dilabelkan halal. Melalui kajian empirikal, buku ini menggariskan prinsip Magasid Syariah dan formula yang relevan untuk diterjemahkan dalam pelaksanaan kawalan makanan halal. Namun, cabaran seperti integriti pengusaha, pengetahuan pengendali, dan kesediaan pematuhan memerlukan strategi pengurusan yang berkesan untuk memastikan industri halal dapat berkembang dengan mampan dan memenuhi tuntutan masyarakat.
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Halal food, Halal food industry, Maqasid (Islamic law) |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
| Divisions: | Institute of Technology Management And Entrepreneurship |
| Depositing User: | Norhairol Khalid |
| Date Deposited: | 28 Oct 2025 02:35 |
| Last Modified: | 28 Oct 2025 02:35 |
| URI: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/29080 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
