Profesionalisme jurutera - Ke arah pemantapan etika dan nilai insani

Mat, Zawiah and Arif, Sazelin and Ismail, Norain (2025) Profesionalisme jurutera - Ke arah pemantapan etika dan nilai insani. Penerbit UTeM Press, Durian Tunggal, Melaka. ISBN 9786297784403

[img] Text
Profesionalisme jurutera - Ke arah pemantapan etika dan nilai insani.pdf

Download (1MB)

Abstract

Buku Profesionalisme Jurutera Ke Arah Pemantapan Etika dan Nilai Insani membahaskan mengenai kepentingan etika dan nilai insani dalam profesion kejuruteraan yang semakin kompleks dan global. Ditulis dengan pendekatan ilmiah dan praktikal. Buku ini mengupas mengenai elemen asas etika profesionalisme dalam konteks nilai teras dan amalan etika profesionalisme jurutera, menyoroti dasar Kerajaan dalam memperkasakan profesion jurutera serta peranan jurutera profesional sebagai agen perubahan yang bertanggungjawab dalam membentuk dunia yang lebih baik melalui pengetahuan, dan kemahiran teknikal. Dari aspek teori, penulis memperincikan bagaimana konsep etika dan nilai insani berasaskan perspektif Islam dan Barat. Cabaran semasa salah laku etika dalam bidang profesionalisme jurutera turut dibincangkan serta strategi pemantapan etika dan nilai insani profesionalisme jurutera. Penghasilan buku ini menyingkap bagaimana peri pentingkan nilai etika dan insani yang baik dan berakhlak mulia dalam profesion jurutera profesional. Semoga nukilan buku ini dapat memberi pengetahuan, manfaat dan inspirasi kepada jurutera, bakal jurutera, pelajar, individu dan masyarakat untuk memahami kepentingan etika dan nilai insani dalam kerjaya jurutera profesional.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Engineers -- Malaysia, Professional employees -- Malaysia, Professional ethics, Work ethics
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Institute of Technology Management And Entrepreneurship
Depositing User: Norhairol Khalid
Date Deposited: 18 Aug 2026 08:07
Last Modified: 18 Aug 2026 08:07
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/30355
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item