Membezakan Tanggapan Kelantangan Bunyi dengan Menggunakan Nada Sinus Berulangan

Mohamed Aminuddin, Mai Mariam and Mustaffa, Izadora and Md Dom, Hairulisam (2013) Membezakan Tanggapan Kelantangan Bunyi dengan Menggunakan Nada Sinus Berulangan. In: Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi Ke -3, 2-3 Julai 2013, EDC Hotel Universiti Utara Malaysia.

[img] PDF
SHPKPT2013.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (183kB) | Request a copy

Abstract

Semasa proses tetapan peranti bantuan pendengaran, tahap paling kuat tetapi selesa (PKS) adalah tahap kelantangan bunyi yang paling sukar ditentukan dengan tepat melalui kaedah yang sedia ada iaitu secara lisan atau pun tingkah laku. Ini adalah kerana pengguna peranti bantuan pendengaran ini harus menilaikan sendiri tahap kelantangan bunyi yang diberikan. Oleh kerana tahap ini adalah tahap yang bersempadan dengan tahap yang sangat kuat tetapi tidak selesa (SKTS), ianya amat mengelirukan pengguna. Tahap SKTS tidak diambil kira untuk penentuan skala kelantangan bunyi kerana untuk jangka masa yang lama, tahap ini akan merosakkan pendengaran pengguna. Proses tetapan akan lebih mencabar jika pengguna tidak pernah ada pengalaman mendengar seperti kanak-kanak. Oleh yang demikian, untuk satu kaedah pengukuran skala kelantangan bunyi yang objektif, kesan penurunan puncak gelombang N100 terhadap tahap tanggapan kelantangan bunyi dikaji bagi membezakan antara tahap PKS dan SKTS di dalam kajian ini. Hasilnya, peratusan penurunan puncak N100 dilihat menurun dengan peningkatan kelantangan bunyi. Daripada hasil keputusan, didapati bahawa bagi tahap SKTS, peratusan penurunan puncak N100 tidak melebihi 1.95% oleh 3 daripada 7 subjek. Manakala PKS menunjukkan peratusan penurunan puncak N100 yang lebih tinggi daripada SKTS dan lebih rendah daripada tahap SEDERHANA. Kesimpulannya, tanggapan kelantangan bunyi boleh diukur melalui peratusan penurunan puncak N100 dan kaedah ini boleh digunakan untuk tetapan peranti bantuan pendengaran secara objektif.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Subjects: R Medicine > RZ Other systems of medicine
Divisions: Faculty of Electronics and Computer Engineering > Department of Industrial Electronics
Depositing User: Dr Mai Mariam Mohamed Aminuddin
Date Deposited: 12 Jul 2013 08:33
Last Modified: 28 May 2015 03:58
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/8630
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item